Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Panduan

Semua itu saya dapatkan dari email kawan-kawan yang hantar pada saya sebagai panduan dan teguran yang mengembirakan dan saya serta di blog ini untuk tatapan semua moga dengan keberkatan dan rahmat dari Allah kita sama-sama menperolehi kasih-sayangnya.
Sempena kedatangan maulidur rasul marilah kita semua bersama-sama berdoa dan berselawat ke atas baginda supaya kita semua mendapat syafaat dari baginda Rasulullah s.a.w bila di akhirat nanti, insyaallah.....
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Sunday, February 21, 2010

Sujudlah kepada Penciptamu


Assalamualaikum warahmatullah,
Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain.
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.
Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.


Hikmah sujud

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
    mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim.

Capaian entry berkaitan :

  1. Kekenduran Rahim (Prolapse)
  2. Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang
  3. Kesilapan masyhur dalam sembahyang
  4. Rahmat untuk suami isteri yang bangun malam
  5. Indahnya solat subuh
  6. Solat 'pendinding' daripada kemungkaran
  7. Sejarah Solat 5 Waktu dan makna rakaatnya
  8. Kalau dahi tidak mencecah sejadah

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)


Selepas melakukan iktidal serta selesai membaca bacaan-bacaannya, kemudian kita melakukan sujud. Ia merupakan salah satu hukun solat yang terpenting. Ia disepakati sebagai rukun dengan nas dan ijmak. Sebelum turun untuk sujud, kita dikehendaki mengucapkan tadbir intiqal ‘Allaahu akbar’ sambil terus sujud, tanpa perlu mengangkat kedua-dua belah tangan, menurut jumhur mazhab.
Beberapa perkara penting tentang sujud
Adakah lutut atau tangan yang perlu mencecah tanah terlebih dahulu semasa turun untuk sujud?
Terdapat perbezaan ijtihad ulama yang agak besar dalam mneliti kekuatan hadis dalam bab ini. Antara dua pandangan yang ketara perbezaannya ialah :
1. Turun tangan dahulu
Kumpulan ulama ini bersandarkan kepada hadis berikut :
“Nabi SAW meletakkan kedua-dua tangannya ke bumi sebelum dua lututnya.” (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah, al-Dar Qutni dan al-Hakim, mengatakan sahih dan disokong oleh al-Zahabi)
"Apabila seseorang kamu sujud, maka janganlah kamu turun sebagaimana turunnya unta, hendaklah kamu meletakkan kedua-dua tanganmu sebelum lututmu.” (Hadis riwayat Abu Daud, al-Nasa’i dan Ahmad dengan sanad sahih)
Ulama yang menyokong meletakkan tangan dahulu ialah Imam malik, Imam al-Awza’ei dan salah satu pandangan Imam Ahmad dan ramai ahli hadis termasuk Nasiruddin al-Albani, telah sabit daripada perbuatan Ibn Umar r.a. dan beliau mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW telah melakukannya. Imam al-Bukhari juga berpandangan demikian, dalam sahih Bukhari 1/276 dalam bab ‘Yahwi bi Takbir Hina Yasjud’.
Syeikh Ahmad Syakir seorang ahli hadis kontemporari mentarjihkan hadis Abu Hurairah (letakkan tangan dahulu) kerana hadis qawli diutamakan daripada hadis fe’li.
2. Letak lutut dahulu
Ibn Qayyim menyebut bahawa Rasulullah SAW meletakkan kedua-dua lututnya dahulu sebelum tangannya, kemudian dahinya dan hidungnya. Ini ialah yang sahih, yang diriwayatkan oleh Syuraik bin Abdullah al-Nakha’ie, daripada ‘Asim bin Kulaib, daripada ayahnya, daripada Wail bin Hujr : “Aku telah melihat Rasulullah SAW apabila sujud, meletakkan kedua-dua lututnya sebelum tangannya, dan apabila bangkit mengangkat kedua-dua belah tangannya sebelum lutut.” (Hadis riwayat Abu Daud, al-Nasa’i, 2/207. Sahih oleh ibn Hibban)
Hadis Syuraik agak kurang kuat. Bagaimanapun, Syeikh Syu’aib Arnout berkata, majority ahliilmu memakai hadis ini dan beramal dengannya. Imam Syafi’I dan mahzab Syafi’I mengutamakan lutut dahulu, demikian adalah pendapat majority ulama. Ibn Munzir berkata ia juga pandangan Umar al-Khattab, juga Sufyan al-Thawry, Ahmad, Ishak Rahawaih dan mazhab Hanafi.
Ibn Qayyim menguatkan hujahnya dengan menjelaskan bahawa unta apabila ingin turun, ia akan meletakkan tanganya dahulu, dan kakinya kekal berdiri, dan apabila ia bangkit, ia akan bangkit dengan kakinya dahulu. Inilah yang dilarang oleh Rasulullah SAW dan kita diperintah untuk menyalahi unta tadi dan sesiapa yang mengamati bagaimana unta turun atau duduk, ia akan tahu sesungguhnya hadis Wail adalah yang tepat.
Kesimpulan
Imam al-Nawawi berkata, “Tidak nyata pada pandanganku pendapat yang lebih kuat.” Majoroti mazhab berfatwa untuk mendahulukan lutut adalah sunah, kemudian dahi dan hidung. Apabila ingin bangkit, tangan dahulu dan kemudian lutut.
Menurut UZAR, kedua-dua cara ini boleh diikuti terutamannya jika mempunyai lebih keyakinan dengan salah satu hujahnya. Pendapat UZAR lebih cenderung kepada pandangan menurunkan lutut terlebih dahulu.
Sumber : Formula Solat Sempurna UZAR, ms 67~70


Solat tahajud dapat perkukuh iman, elak perbuatan khianat


Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, satu lagi tazkirah untuk renungan kita bersama. Saya sering tertanya-tanya, mengapa saya begitu 'liat' untuk bangun bertahajud? Niat sudah dipasang sebelum tidur, tetapi sering kali tertewas untuk bangun. Jika terjaga pun, cepat saja tangan menarik selimut dan terus terlelap semula,bergayut-gayut syaitan di kelopak mata... Alangkah ruginya saya rasa kerana masih tidak mampu melawan penangan nirrojiim... Bila membaca hadis di bawah, uiks... barulah saya tahu punca mengapa saya amat sukar untuk bangun bertahajud. Bukan sekadar ditarik-tarik kelopak mata kita, malah 'dikerjakan'nya pula telinga kita... Astaghfirullah hal adziim...

DARIPADA Abdullah, katanya: "Diceritakan kepada Rasulullah, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam hingga Subuh. Maka bersabda Rasulullah: Orang itu telah dikencing oleh syaitan di kedua-dua telinganya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Mengambil berat mengenai solat akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman daripada gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.

Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajud) adalah amalan sangat dituntut oleh Islam bahkan boleh menjadikan iman seseorang itu kuat. Amalan itu juga mampu menjadi benteng menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.

Islam menyarankan umatnya berwuduk sebelum tidur, membaca ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap.

Abu Hurairah meriwayatkan: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke pagi.”

Marilah kita sama-sama menanam semangat untuk menambahkan ibadah kita. Jika tiada upaya, pasang niatpun cukuplah agar tertanam mangkin untuk menggerakkan kita agar berjaya melakukannya suatu hari nanti, insya Allah. Amiin.

Renung-renungkan.


Capaian entry berkaitan :

  1. Berdandan untuk suami, satu kewajipan!
  2. Rahmat untuk suami isteri yang bangun malam
  3. Solat berkualiti zahirkan peribadi mulia
  4. Amalan penenang jiwa

Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

KELEBIHAN QIYAMULAIL (TAHAJJUD)


Allah Taala telah berfirman tentang sifat-sifat orang bertakwa:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُون ٍ. ءَاخِذِينَ مَا ءَاتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ

iaitu di dalam kehidupan dunia kemudian menerangkan kebaikan mereka di dalam amalan dengan firmanNya:

كَانُوا قَلِيلاً مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ . وَبِاْلأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ.

Berkata Al Hasan Al Basri rahimahullahu taala alaihi: Mereka menanggung berdiri malam dan tidak tidur malam melainkan sedikit dan mereka rajin melakunya dengan lama hingga ke waktu sahur dan mereka beristighfar pada waktu sahur (Tafsir Al Quranul Azim, bab 4 m.s 250).

Allah Taala menyatakan sifat orang beriman dengan firmanNya:

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ . تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ


yakni dengan demikian mereka berdiri malam dan meninggalkan tidur dan berbaring di atas tilam yang empuk.

Kemudian firman Allah Taala:


يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

iaitu dengan penuh ketakutan daripada balasan azab dan berharap dalam limpah kurnia pahalaNya. (Tafsir Al Quranul Azim, bab 4, m.s 468)

Dan bagaimana pula mereka tidak berdiri malam sedengkan penghulu, imam dan kebanggaan mereka, Rasulullah salallahu alaihi wasallam sendiri berdiri malam hingga bengkak kedua-dua kakinya. Abdullah Bin Rawahah radhiallahu anhu mensifatkan dengan katanya:

Dan di kalangan kami Rasulullah membaca kitabNya,
Apabila menghirup kebaikan daripada subuh yang menerangi,
Kami melihat petunjuk selepas buta hati-hati kami,
Dengannya, dengan penuh keyakinan bahawa apa yang disabdakannya pasti berlaku,
Tetap menjauhkan punggungnya daripada perbaringannya,
Apabila bertambahlah penyeksaan para Musyrikin ke atasnya.


Kemudian Allah Subhanahu Wataala menyatakan balasan mereka dengan firmanNya:


فَلاَ تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

(As Sajadah: 15 – 17) iaitu tiada seorangpun yang mengetahui betapa besarnya apa yang Allah sembunyikan bagi mereka di dalam syurga daripada kenikmatan yang berkekalan dan kelazatan yang tidak pernah dirasai oleh sesiapa pun seumpamanya. Sebagaimana mereka menyembunyikan amalan mereka, demikian jugalah telah sembunyikan pahala bagi mereka, ganjaran yang bertepatan. Sesungguhnya ganjaran adalah daripada jenis amalan.

Berkata Al Hasan Al Basri rahimahullahu alaihi: Sesuatu kaum menyembunyikan amalan mereka, maka Allah menyembunyikan bagi mereka apa yang tidak pernah dilihat oleh mata atau yang terlintas di dalam pandangan mata manusia. (Lihat Tafsir Al Quranul Azim, bab 3, m.s 469)

Dan firman Allah Subhanahu Wataala menyatakan sifat hamba-hambaNya:

وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا

(Al Furqaan: 64) iaitu menghidupkan malam dengan ibadah, mereka berjaga ketika manusia lain tidur, dan mereka beringat tatkala orang ramai dalam kelalaian, ini semua kerana kecintaan mereka sepenuh ikhlas kepada Allah Tabaraka Wataala dan berasa kelazatan dengan bermunajat kepadaNya. Indah benarlah orang yang berkata tentang mereka:

Mereka menahan lambung mereka untuk merasai tidur,

Dan mengalir air mata di atas pipi dengan lelehan,

Dan ketahuilah bahawa kamu akan mati dan akan dihisab,

Wahai yang berdiri di hadapan Al Jalil dengan penuh kehinaan,

Kepada Allah merekalah kaum yang ikhlas dalam kecintaanNya,


Maka Dia pun meredhai mereka dan mengkhususkan bagi mereka khadam-khadam,

Kaum yang apabila tersingkap kegelapan ke atas mereka,

Mereka terus di sana dalam keadaan sujud dan berdiri,

Kempes perutnya dengan menjauhkan diri daripada yang haram,

Begitu juga mereka tidak mengenali makanan yang halal.


Dan daripada Abdullah Bin Salam radhiallahu anhu bahawa Nabi salallahu alaihi wasallam bersabda: “Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makan dan solatlah pada waktu malam (qiyamulail) sedangkan manusia tidur, kamu akan memasuki syurga dengan keselamatan”.

Di dalam hadis ini Nabi salallahu alaihi wasallam menerangkan bahawa qiyamulail adalah antara sebab-sebab yang membolehkan seseorang memasuki syurga. Maka berpegang teguh dengannya wahai saudara Muslim – semoga Allah memberi taufik – bahawa ia adalah pintu Darus Sa’adah (Kehidupan Kebahagiaan).

Bahkan solat pada malam hari adalah lebih afdhal daripada solat pada siang hari kerana ia lebih mendatangkan hampir kepada kekhusyukan dan keikhlasan. Oleh yang demikian, Nabi salallahu alaihi wasallam telah bersabda: “Puasa yang paling afdhal selepas Ramadhan adalah bulan Allah Muharam, dan solat yang paling afdhal selepas Solat Fardhu adalah solat malam hari”. (Riwayat Muslim 8/ 54 Nawawi) daripada Abu Hurairah.

Dan malam biasanya adalah waktu diturunkan rahmat, dan turunnya Rab bumi dan langit, dan ia adalah waktu kelebihan. Maka hendaklah kamu meraihkan keuntungannya. Daripada Jabir radhiallahu anhu katanya: Daku mendengar Rasulullah salallahu alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya pada malam hari terdapat satu waktu, tidaklah bertepatan seorang lelaki Muslim yang meminta kebaikan kepada Allah Taala daripada perkara dunia atau perkara akhirat melainkan Dia akan mengurniakan kepadanya, yang demikian itu pada setiap malam”.
(Riwayat Muslim 6/ 35 Nawawi)

Jika seorang Muslim memikirkan pahala qiyamulail pastilah ia tidak akan meninggalkannya; daripada Abdullah Bin ‘Amru Bin Al ‘Aas radhiallahu anhumma daripada Nabi salallahu alaihi wasallam sabdanya: “Di dalam syurga terdapat bilik-bilik yang dapat dilihat di luarnya dari dalamnya, dan dalamnya dari luarnya”. Maka berkata Abu Malik Al Asyari: Bagi siapakah ia wahai Rasulullah? Sabdanya: “Bagi mereka yang baik perkataannya, yang memberi makan, dan tetap berdiri malam sedangkan manusia semua tidur”. (Riwayat Tabrani dalam Al Kabir dengan isnad hasan, Al Mundziri mengatakannya dalam Al targhib (2 / 24) dan Al Haithami menghasankannya dalam Al Mujma’ (2 / 354))

Ketahuilah – semoga Allah memelihara kamu – bahawa qiyamulail adalah jalan orang-orang salih dan jalan bagi mereka yang beramal, penghapusan bagi dosa-dosa mereka yang berdosa dan petunjuk bagi yang berbangga dan melakukan maksiat.

Daripada Abu Umamah Al Bahili radhiallahu anhu daripada Rasulullah salallahu alaihi wasallam sabdanya: “Hendaklah kamu melakukan qiyamulail (berdiri malam) kerana ia adalah amalan orang salih sebelum kamu dan ia adalah pendekatan kepada Tuhan kamu, penghapus bagi kejahatan dan penghapusan daripada dosa”. Kata Al Haitsami di dalam Al Mujma’ (2 / 251), diriwayatkan Tabrani dalam Al Kabir dan Al Ausath dan di dalamnya terdapat Abdullah Bin Salih penulis Al Laith.

Berkata Abdul Malik Bin Syuaib: Tsaqat Ma’muun dan jemaah para imam melemahkannya.

Kataku: Antara mereka adalah Al Nasaa’i, Imam Ahmad dan Ibnu Khuzaimah, tetapi yang lain mentsaqatkannya seperti Yahya Bin Ma’in, Ibnu ‘Adi dan Abu Hatim. Berkata Al Mundziri di dalam Al Targhib (6 / 248), Bukhati telah meriwayatkan daripadanya dalam sahihnya.

Dan seperti hadis ini tidak turun daripada martabat hasan Insyallah Taala, oleh yang demikian Al Iraqi telah menghasankannya dalam Takrijul Ihyaa’ (4 / 634).

Dan hadisnya pada jalan yang lain oleh Tabrani dalam Al Kabir daripada Salman Al Farisi radhiallahu anhu, di dalamnya terdapat Abdul Rahman Bin Sulaiman, kata Al Hafiz (Ibnu Hajar) dalam Al Taqrib (1 / 482) : Benar tetapi membuat kesilapan. Dan seperti hadis ini ia adalah hasan dalam ‘al syawahid.

Dan di dalam hadis jalan ketiga daripada Bilal radhiallahu anhu, tidak sah kerana di dalam sanadnya terdapat Muhammad Bin Said Al Syaami Al Mashluub sedangan ia seorang pendusta dan menyeleweng, dan demikian juga diriwayatkan At Tirmizi (5 / 213) Hadis Abu Umamah ini dan katanya: Ini adalah yang paling sahih daripada hadis Abu Idris daripada Bilal.

Ketahuilah, semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu – bahawa kemuliaan dan penghormatan terdapat dalam qiyamulail; daripada Sahal Bin Saad radhiallahu anhumma bahawa katanya: Telah datang Jibrail kepada Nabi salallahu alaihi wasallam lalu berkata: (Wahai Muhammad, kamu hiduplah sekehendak kamu, tetapi sesungguhnya kamu akan mati, dan beramallah sekehendak kamu tetapi sesungguhnya kamu akan mendapat ganjarannya, dan cintailah sekehendak kamu tetapi sesungguhnya kamu akan berpisah dan ketahuilah bahawa kemuliaan seorang Mukmin adalah qiyamulail (berdirinya ia pada malam hari), dan kehebatannya adalah ia kaya daripada berharap kepada manusia). (Berkata Al Hafiz Al Mundziri dalam Al Targhib (2 / 23), diriwayatkan Tabrani dalam Al Ausath dan isnadnya hasan.

Dan seorang Muslim yang berdiri pada malam hari adalah hampir kepada Rabbul Azzawajalla; daripada ‘Amru Bin ‘Anbasah radhiallahu anhu bahawa beliau mendengar Rasulullah salallahu alaihi wasallam bersabda: “Paling hampir seorang hamba kepada Tuhannya adalah dalam kegelapan akhir malam. Maka jika kamu mampu untuk menjadi daripada orang yang mengingati Allah pada ketika itu maka hendaklah kamu lakukan”. (Riwayat Tirmizi dan katanya: Hasan Sahih Gharib)

Memadailah bagi kamu – semoga Allah memberkati kamu – jika kamu antara orang yang mendirikan malam bahawa Allah akan menyintai kamu, ketawa akan kamu dan bergembira dengan kamu; maka daripada Abu Darda’ radhiallahu anhu daripada Nabi salallahu alaihi wasallam sabdanya: “Tiga orang yang Allah akan menyintai mereka, ketawa akan mereka dan akan bergembira dengan mereka: Seorang yang apabila ternampak kepadanya golongan yang berperang, ia pun menyerbu keseorangan diri semata-mata kerana Allah Azzawajalla, maka jika ia terbunuh atau Allah Azzawajalla membantunya adalah mencukupi baginya, lalu Dia berfirman: Lihatlah kepada hambaKu ini, bagaimana kesabaran bagiKu kepada dirinya!!

Dan seorang yang mempunyai seorang isteri yang cantik dan tilam yang empuk lembut, lalu ia berdiri malam dan Dia berfirman: Dia meninggalkan syahwatnya untuk mengingati Daku sedangkan jika ia ingin ia boleh berbaring!!

Dan seorang yang berada di dalam perjalanan, bersamanya tunggangan lalu mereka berjaga malam kemudian tidur. Maka ia bangun daripada sahur dalam kepayahan dan kesenangan”. (Berkata Al Hafiz Al Mundziri dalam Al Targhib (2 / 33) diriwayatkan At Tabrani dalam Al Kabir dengan sanad hasan.

Wahai yang mendapat berita gembira yang besar dan kedudukan yang tinggi bahawa akan sampai cinta Allah Azzawajalla kepada kamu, maka kamu ikutilah jalan mereka yang beramal dan menyerupai mereka yang salih, dengan mengambil jalan yang diterokai oleh mereka yang bertakwa dan berjihad diri kamu dalam jalan Tuhan Rabbul ‘Alamiin semoga kamu akan sampai kepada martabat Muhsinin (mereka yang melakukan kebaikan) dan termasuk dalam golongan yang berjaya di dalam alam akhirat.

Bahkan ‘al ghibtah’ (semangat berlumba-lumba atau cemburu sesama sendiri) adalah dibenarkan dalam amalan kebaikan seperti qiyamulail dan selainnya; daripada Abdullah Bin Umar radhiallahu anhumma katanya: Sabda Rasulullah salallahu alaihi wasallam: “Tidak boleh hasad melainkan kepada dua golongan ini: Seorang lelaki yang Allah telah berikan Al Quran kepadanya dan ia berdiri dengannya (membaca dan mengamalkan – pent.) pada malam dan siang hari, dan seorang lelaki yang Allah tealh berikan harta kepadanya lalu ia membelanjakan pada malam dan siang hari”. (Diriwayatkan Al Bukhari (9 / 73 Fathul Bari)

Dan daripada Yazid Bin Al Akhnas radhiallahu anhu bahawa Rasulullah salallahu alaihi wasallam bersabda:

“Tidak boleh berlumba-lumba melainkan kepada dua perkara: Seorang lelaki yang Allah Taala telah berikan Al Quran lalu ia berdiri dengannya pada malam dan siang hari. Maka berkata seorang lelaki: Kalaulah Allah berikan kepada daku apa yang diberikan kepada si fulan. Dan seorang lelaki yang Allah berikan harta lalu ia belanjakan daripadanya dan menyedekahkannya, lalu berkata seorang lelaki seperti demikian”. (Berkata Al Mundziri dalam Al Targhib (2 / 36) diriwayatkan oleh Tabrani dalam Al Kabir dan riwayatnya Tsaqat yang mahsyur dan diriwayatkan Abu Ya’la daripada hadis Abu Said sepertinya dengan isnad yang baik.

Berkata Al Hasan Al Basri rahimahullahu alaihi: Kami tidak ketahui sesuatu amalan yang lebih berat di tengah malam dan nafkah harta ini, lalu dikatakan kepadanya: Mengapakah mujtahidin antara manusia yang paling elok wajahnya?!

Katanya: Ini kerana mereka telah menyendiri dengan Ar Rahman lalu mereka dipakaikan nur daripada nurNya. Berkata Al Fudhail Bin Iyadh: Apabila kamu tidak berdaya untuk bangun malam dan berpuasa pada siang hari, maka ketahuilah sesungguhnya kamu diharamkan kerana banyaknya kesalahan kamu.

Dan ketahuilah, semoga Allah berikan kepada hati kamu dengan nur Iman – bahawa qiyamulail adalah mahar Hurulain (bidadari), dan barangsiapa yang paling banyak melakukannya maka ia akan mendapat paling banyak dan Allah akan memberinya paling banyak. Berkata Malik Bin Dinar: Sengaja daku menjauhkan diriku daripada berbaring – yakni disebabkan qiyamulail – lalu daku tertidur, maka dalam mimpiku itu daku berada dengan bidadari yang secantik-cantiknya dan di dalam tangannya terdapat cebisan kertas – iaitu surat, lalu ia berkata kepadaku: Adakah kamu dapat membaca dengan baik, daku menjawab: Ya, lalu daku melihat di dalam cebisan kertas itu dan dapati tertera di atasnya:

Adakah kamu dapat berasa kelazatan-kelazatan dan keamanan,

Daripada keputihan (anak-anak gadis) bidadari-bidadari di dalam syurga-syurga,

Kamu hidup kekal tidak mati di dalamnya,
Dan kamu bermain-main di dalam syurga bersama si cantik jelita,

Bangkitlah daripada tidurmu sesungguhnya kebaikan,

Daripada tidur bertahajjudlah dengan Al Quran.


Dan diriwayatkan bahawa Azhar Bin Mughith adalah seorang yang kuat bertahajjud, bahawa beliau berkata: Daku bermimpi melihat seorang perempuan yang tidak menyerupai perempuan dunia ini (kecantikannya), lalu daku berkata kepadanya: Siapakah kamu? Katanya: Bidadari. Maka kataku lagi: Kahwinlah dengan daku, lalu ia berkata: Sudahkah kamu bercakap dengan tuanku dan menyediakan maharku. Kataku lagi: Apakah maharnya? Jawabnya: Lamanya tahajjud.


=============================
Sudah sunnah orang berjuang,
Mengembara dan Berkelana,
Miskin dan Papa jadi Tradisi,
Berenggang dengan anak dan Isteri....
=============================

3 Kebahagiaan Insan


Tiada siapa yang inginkan kesedihan, kemurungan dan keresahan. Jika ditanya kepada sesiapa sahaja pun, saya yakin dan pasti yang mereka akan berkehendakan akan kebahagian. Hidup tanpa bahagia ibarat terbakar dalam neraka dunia. Namun apakah itu kebahagiaan sebenarnya, adakah wang ringgit, adakah makanan yang lazat, adakah anak-anak atau segala perkara material yang mampu kita lihat atau mungkin ianya merupakan satu perasaan yang mana kita merasa aman, sentiasa ceria walaupun bermasalah.

Saya berpandangan, langkah paling awal untuk mengecap kebahagian adalah memahami diri sendiri dalam erti kata lain menguasai segala sifat negatif yang selama ini terbentuk dalam benak minda hingga ada yang dizahirkan dengan perbuatan. Selagi kita duduk dalam lingakaran energi negatif maka kita tidak akan dapat lari dari tempiasnya. Lebih memburukkan keadaan, apabila ia terkumpul dan terpendam menjadi satu gunung berapi dalam diri yang boleh meletus pada bila-bila masa sahaja. Setelah itu kita akan melihat kedatangan kebahagian namun jangan dilupa bahawa kebahagian duniawi anak Adam terbit atas tiga perkara yang kadangkala kita lupa untuk mengupasnya dengan penuh hikmah.

Dalam sebuah hadis, daripada Saad bin Abi Waqqas dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Kebahagiaan anak Adam itu ada tiga, manakala kecelakaannya juga ada tiga. Sesetengah daripada kebahagiaan anak Adam itu ialah isteri yang soleh, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang elok. Dan sebahagian kecelakaan manusia itu ialah isteri yang jahat, rumah yang buruk dan kenderaan yang buruk.” (HR. Ahmad). Secara mudahnya kebahagian, akan datang dengan jelas apabila kita mempunyai tiga perkara, yakni, isteri (pasangan) tempat tinggal, dan kenderaan. Mungkin lebih bagus seandainya kita dapat mengupasnya sedikit secara satu persatu.

Isteri

Jika kita lihat hal ini cukup linear kerana seandainya kita dan isteri tidak sehaluan mana mungkin kita akan mengecap kebahagian. Saya sering mengatakannya dari sudut sekufu yang sama arah dan tahap pemikiran. Jika kita mempunyai masalah dalam rumahtangga, kita selalunya akan membawanya ke tempat kerja maka hasil produktiviti kerja akan jatuh merudum dan mungkin lama kelamaan kita boleh hilang pekerjaan dan kepercayaan yang diberi oleh majikan. Masalah dalam berpasangan ini sering mencetuskan emosi yang tidak terhenti dan emosi yang ada dalam minda akan memberi reflek fizikal yang negatif juga.

Dari emosi ini lahirlah kata-kata nista, timbullah prasangka dan akibatnya kita akan sentiasa diselubungi suasana yang negatif. Bagi saya, yang lebih buruk adalah apabila ianya melibatkan rezeki kerana apabila rezeki mula terjejas, hilanglah kewarasan minda. Kita akan mula membuat keputusan yang diakhirnya memberi beban yang berat dalam mengharungi kehidupan. Justeru itu, apabila diri kita sudah menjadi positif, kita juga perlu sehaluan dengan pasangan kita dan apabila isteri adalah isteri yang solehah maka ketaatannya akan membuat kita kurang berlaga fikiran. Ini akan membawa kepada keharmonian dan rezeki yang lebar lagi luas.

Tempat tinggal

Ada teman saya yang bertanya kepada saya beberapa tahun yang lalu, mengapa sewaktu dia tinggal di rumah lamanya rezekinya mencurah-curah namun apabila dia berpindah ke rumah barunya terasa keperitan dari pelbagai segi. Masalah demi masalah mendatang dan banyak perkara yang merundung malang menjelma. Jawapannya ada di dalam hadis tadi. Apabila tempat tinggal yang kita diami, tidak mempunyai energi yang baik maka secara automatik kita juga akan merasa kurang selesa. Keadaan kurang selesa akan menimbulkan keluhan.

Keluhan pula akan memberi impak negatif dalam suasana rumah maka sebab itu orang dahulu cukup pantang mengeluh di dalam rumah. Saya melihat penjelasan tentang rumah yang buruk itu bukan dari sudut fizikalnya tetapi dari sudut gelombangnya. Cuba kita lihat, sebuah rumah yang besar dan indah tetapi apabila kita masuk ke dalam ruangannya kita berasa kurang aman, kurang selesa dan banyak keresahan. Hal ini mungkin terjadi apabila penghuninya tidak mengingati Allah swt dengan sewajarnya dan mungkin juga apabila pulang ke rumah, masalah serta tekanan tempat kerja yang ada dalam minda di bawa ke rumah.

Nah… gelombang tekanan (beta) kini mengambil rumah sebagai terminalnya dan akhirnya rumah tersebut penuh dengan ketidakselesaan. Apa yang terjadi? Saya mengambil perkara pokok yang banyak diperkatakan orang…rezeki. Apabila keadaan rumah penuh dengan negativiti maka rezeki dengan sendiri bermasalah. Maka kita menjadi orang yang bukan sahaja rugi akhirat bahkan rugi juga di dunia.

Kenderaan

Perihal kenderaan ini, saya rasa sudah ramai yang sedia maklum bahawa jika kita ingin menjual kereta kita dilarang untuk memperkatakannya dalam kereta tersebut kerana nanti ditakuti akan merajuk dan rosak. Ini yang dikatakan kebahagian kenderaan, jika sering rosak maka seringlah bocor poket kita. Justeru kenderaan yang baik juga datangnya dari kita. Yang dikatakan kenderaan buruk itu hanyalah metafora, tidak bermakna kita perlu membeli kenderaan baru untuk bahagia.

Maka kenderaan juga memperlihatkan perjalanan yang baik. Jagalah tiga perkara dan renungkanlah tiga perkara ini sebagai langkah awal untuk mengecap kebahagian. InsyaAllah, saya akan mengupasnya dengan lebih detail dari sudut pandangan spiritual bagaimana ketiga-tiga ini memberi impak dalam perjalanan kita menemui Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.


¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

20 amalan murah rezeki



Assalamualaikum warahmatullah,

Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya. (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya,
dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.

Capaian entry berkaitan :
  1. Kelebihan surah-surah dalam Al Quran
  2. Mohon dihindari kufur selepas dikurniakan nikmat
  3. Mohon dicukupkan keperluan
  4. Munjiyat (part of Manzil)

Pintu Taubat Terbuka Merupakan Satu Nikmat



Bertaubat dan menyesali diri. Jika Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya.
Dia pasti membukakan pintu taubat, penyesalan, kepatuhan, merasa hina dihadapanNya,
merasa perlu kehadhiranNya, minta pertolonganNya, berlindung kepadaNya, memohon dan
berdoa kepadaNya, mendekatkan diri kepadaNya dengan melakukan amal kebaikan sedaya-
upaya. Perbuatan jahat itu ternyata menjadi penyebab turunnya rahmat Allah.


1: Abu Hurairah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Allah,
sesungguhnya saya membaca istighfar (minta ampun) dan bertaubat kepada Allah setiap hari,
lebih daripada tujuh puluh kali.
(Bukhari)

4: Abu Musa Al-Asy'ary r.a. berkata, "Bersabda Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah membentangkan
tangan rahmatNya pada waktu malam supaya bertaubat orang yang telah melakukan maksiat pada
siang hari, juga mengulurkan tangan kemurahanNya pada waktu siang, supaya bertaubat orang yang
berdosa pada waktu malam. Keadaan itu tetap berlangsung hingga matahari terbit dari arah Barat."
(Muslim)

5: Abu Hurairah r.a. berkata, "Bersabda Rasulullah s.a.w. "Siapa yang bertaubat sebelum matahari
terbit dari Barat, maka Allah menerima taubatnya."
(Muslim)

6: Abdullah bin Umar r.a. berkata, "Bersabda Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat
seseorang hambaNya selama ruh (nyawanya) belum sampai di tenggorokan (hampir mati)
(At-Tirmizi - hadith bertaraf 'hasan')

Tawadduk Terhadap Allah



TAWADDUK atau sikap merendah diri adalah merupakan budi pekerti yang mulia.
Dengan adanya sikap tawadduk maka akan jadi indah budi pekerti, baik terhadap
sesama manusia mahu pun terhadap Allah.

Sikap tawadduk itu tumbuh kerana adanya kesedaran akan hakikat kejadian diri.
Sebab dari segi kejadiannya, manusia dicipta dari tanah, maksudnya asal ciptaan
manusia pertama sekali ( Adam) adalah dari tanah. Kemudian anak keturunannya
dari setitis air mani. Dapat pula diertikan bahawa semua manusia hidup dari makanan
dan tumbuh-tumbuhan dari tanah, kemudian makanan tersebut menjadi air mani.

Dengan menyedari asal kejadian manusia ini, maka tidak sepatutnya manusia itu
meyombongkan diri. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku:" Bertawadduklah kamu, sehingga
seseorang tidak bermegah-megah atas seseorang, dan seseorang tidak berlaku aniaya
atas seseorang."
( HR. Bhukari )

When Workers Get Bored

When Workers Get Bored
When Workers Get Bored They set up crazy challenges for themselves, such as this barrel of oranges one... JavaScript is disabled! To display...

High Voltage Capacitor Bank vs Watermelon

High Voltage Capacitor Bank vs Watermelon
High Voltage Capacitor Bank vs Watermelon The place will be smelling like watermelon for a while! Capacitor bank: 21.5µF 30kV, 9270 Joules ......

MUhasabah Diri

Dunia sekarang sudah tiada lagi perasaan malu pada penghuninya kalau ada pun cuma segelintir je. Mungkin ini tanda dunia semakin hampir pada kiamat.

Fitnah semakin berleluasa sekarang tidak mengira sesiapa pun bangsa, keturunan atau agama. Cuma kita perlu menghidarnya supaya kita selamat dan selau bergantung pada Allah yang manjadikan kita.

Masalah melanda pada penghuni dunia tidak mengira masa dan detik atau musim cuma penghuni dunia perlu pandai mengawasi dan mengatasinya. Sehingga ada masanya kita merasa mati lebih baik kerana dapat lari dari segalanya, tetapi betul kah begitu!

Cuma manusia atau kita selalu lupa atau mudah lupa sebenarnya matilah permulaan segalanya pada kita untuk kehidupan yang abadi. Jika kita dalam keadaan sejahtera iman di dunia maka kita kan sejahtera di akhirat dan jika kita merana iman di dunia maka meranalah kita di akhirat. Bila mati nanti kita akan menuju dua arah yang kita sendiri tidak pasti kemana kita kecuali Allah saja yang tahu. Dua arah itulah adanya Syurga dan Neraka.

SYURGA
Jika kita mati dalam keadaan aman tenteram dalam iman tentu itulah tempat kita. Barulah kita boleh hidup dengan aman tenteram,bahagia,sejahtera, bahagia dan gembira serta seronok dengan pasangan yang telah disediakan untuk kita. Hidup dalam keaadaan teknologi yang tidak pernah difikirkan oleh fikiran kita semasa kita hidup

NERAKA
Jika kita mati dalam keadaan derita merana dalam iman tentulah inilah tempat kita. Barulah kita hidup ketakutan tanpa sedetik pun kita akan merasa senang, yang kita rasa derita, sengsara, merana, menangis, meraung dan selalu merayu tetapi tidak di layan malah dicaci dan dihina, dicela dalam keadaan keseorangan tanpa teman dalam penyiksaan yang tak terbayangkan oleh akal fikiran kita semasa hidup.

Jadi marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita ke mana kita nanti bila mati. Kita berubah semasa boleh untuk bertaubat atau kembali ke pangkal jalan, yang pastinya kita tahu Allah itu pengasih dan penyayang. Semoga doa kita diterima Allah, insyaallah...

Sayangnya Allah Pada Hambanya

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Sayangnya Allah kepada kita

Betapa sayangnya Allah pada kita, sehingga di dalam Al-Qur’an disebutkan beberapa motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala ujian dan cobaan sebelum menuju ke perhentian abadi.

Kenapa Aku Diuji?
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan : “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (QS. Al-Ankabut : 2-3).

Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Mau?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(QS. Al-Baqarah : 216).

Kenapa Ujian Seberat Ini?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(QS. Al-Baqarah : 286).

Kenapa Hasilnya Seperti Ini?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
(QS. Ali Imran : 139).

Bagaimana Aku Harus Menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan), serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu
berjaya (mencapai kemenangan).” (QS Ali Imran : 200).
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (QS. Al-Baqarah : 45).

Apa yang Aku Dapat dari Semua Ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ” (QS. At-Taubah : 111).

Kepada Siapa Aku Berharap?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain diriNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(QS. At-Taubah : 129).

Aku Tak Dapat Bertahan Lagi!
“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (QS. Yusuf : 12).

Memelihara Rumahtangga

SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

1. Membaca al-Quran.

Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala, membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.

2. Zikir ketika masuk dan keluar rumah.

Daripada Abu Malik Al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan: Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” ? Riwayat Abu Daud).

3. Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.

Firman Allah bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” ? (Surah an-Nur, ayat 61).

Imam An-Nawawi berkata: “Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak.” Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

4. Zikir ketika makan dan minum.
Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: “Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” ? (Riwayat Muslim).

5. Membersihkan rumah daripada gambar patung.

Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya. Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku? Baginda bersabda: “Bagaimana keadaan bantal kecil ini?” Aisyah menjawab: “Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan bersandar.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.” Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

6. Membanyakkan solat sunat di rumah.

Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur.” ? (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi). Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: “Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib.” (Riwayat Nasai’).

7. Harmonikan rumah tangga.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” ? (Riwayat Muslim dan Nawawi). Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.

8. Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.

Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir (doa) pada waktu jimak ‘bersama’ bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi. Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: “Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya.” ? (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi’ bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud: “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat.” Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: “Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak.” (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).

http://www.minisiteforwp.com/index.php?ref=mdalie