Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Panduan

Semua itu saya dapatkan dari email kawan-kawan yang hantar pada saya sebagai panduan dan teguran yang mengembirakan dan saya serta di blog ini untuk tatapan semua moga dengan keberkatan dan rahmat dari Allah kita sama-sama menperolehi kasih-sayangnya.
Sempena kedatangan maulidur rasul marilah kita semua bersama-sama berdoa dan berselawat ke atas baginda supaya kita semua mendapat syafaat dari baginda Rasulullah s.a.w bila di akhirat nanti, insyaallah.....
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Wednesday, June 16, 2010

Sejarah Dan Nasihat

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah." (Riwayat At-Tirmizi)

Di dalam surah Abasa:1-2, dikatakan Rasulullah SAW bermasam muka. "Dia bermasam muka dan berpaling kerana telah datang seorang buta kepadanya."

Ayat ini menurut persepakatan ulama ahlul sunnah diturunkan kepada Ibn Ummi Makhtum yang datang menemui Nabi SAW ketika beliau sedang berada bersama-sama dengan pembesar Bani Umaiyyah, meminta Nabi SAW mengajarkannya tentang keilmuan Allah tanpa mengetahui bahawa Rasulullah SAW ketika itu sedang sibuk melayani tetamu itu. Oleh kerana itu Nabi SAW dikatakan bermuka masam dan berpaling darinya.

Walau bagaimanapun al-Murtadha mengatakan ayat ini pada zahirnya tidak menunjukkan ia dihadapkan kepada Nabi SAW sebaliknya merupakan suatu penyucian kerana bukan Nabi SAW yang menjadi sasaran, tetapi orang lain. Ini disebabkan sifat bermasam muka bukanlah salah satu sifat baginda, sama ada terhadap lawan mahupun kaum muslimin umumnya [Al-Tibrisi, Majma' al-Bayan, juzuk 10, hlm.437].

Bukti ini dapat diperkuatkan dengan firman Allah SWT dalam surah 68:4, yang memuji akhlak Rasulullah SAW: "Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman dalam surah 3:159, yang bermaksud: "Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu bersikap lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu."

Berdasarkan riwayat Imam Ja'far al-Sadiq AS [Al-Tibrisi, Majma' al-Bayan, Juzuk 10, hlm.437; Al-Tabatabai, Al-Mizan, Juzuk 20, hlm.309-310], ayat tersebut diturunkan kepada Nabi SAW dan ditujukan kepada seorang pembesar Bani Umaiyyah yang berada di sisi Nabi SAW pada ketika itu. Apabila dia melihat Ibn Ummi Makhtum, perasaan tidak senang mula timbul melalui sikap bermasam muka dan berpaling itu. Beliau juga menjelaskan di dalam riwayat yang lain dengan mengatakan bahawa Rasulullah SAW sentiasa bersikap lembut terhadap Ibn Ummi Makhtum hingga menyebabkan Ibn Ummi Makhtum melarang Rasulullah SAW melakukan perbuatan seumpama itu terhadap dirinya.

Al-Qur'an seringkali juga menggunakan gaya dan bentuk. Allah SWT memberitahu kepada Nabi SAW tetapi sebenarnya dihadapkan kepada orang lain agar mereka mendengarkannya. Di antara ayat-ayat yang termasuk dalam kategori ini, ialah seperti firman Allah SWT dalam surah 10:94 yang bermaksud:

"Jika kamu (Muhammad) berada di dalam keraguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu."

Perkataan syak atau ragu-ragu menerusi ayat ini dari segi zahirnya ditujukan kepada Nabi SAW tetapi pada hakikatnya diarahkan kepada umatnya. Ini bermaksud, kalau kamu ragu-ragu bertanyalah. Dalilnya terbukti dalam akhir surah Yunus:104, yang bermaksud:

"Katakanlah: Hai manusia, jika kamu masih dalam keraguan tentang agamamu, maka ketahuilah aku tidak menyembah yang kamu sembah, selain Allah."

Seterusnya di dalam ayat 67 surah al-Anfal dikatakan Nabi SAW mempunyai kecenderungana terhadap harta dunia:

"Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi, kamu menghendaki harta benda duniawi, sedangkan Allah menghendaki akhirat."

Menurut kebanyakan ulama tafsir, ayat ini diturunkan semasa Perang Badar. Ayat ini mengandungi celaan Allah terhadap para sahabat Nabi SAW dari kalangan mukmin yang mengisyaratkan pengambilan wang tebusan atau ghanimah [Al-Qurtubi, Jami al-Ahkam, Juzuk 4, hlm. 2884 juga lihat Al-Tibrisi, Majma al-Bayan, Juzuk 4, hlm. 557]. Pada ketika itu Umar al-Khattab mahukan tawanan perang dipenggal tetapi Abu Bakar meminta tawanan perang dilepaskan dengan syarat mereka membayar wang tebusan [Al-Suyuti, Asbabul Nuzul, tafsir surah al-Anfal, ayat 67-68]. Nabi SAW kemudian membuat keputusan bahawa tawanan perang yang tidak mampu membayar wang tebusan dibebaskan. Ada di kalangan sahabat-sahabat Nabi SAW yang melanggar perintah Nabi SAW dengan mengutip wang tebusan daripada setiap tawanan perang tersebut [Aqa Mahdi Puya, Tafsir surah al-Anfal ayat, 67-68]. Justeru, turunnya ayat tersebut kepada Nabi SAW adalah untuk menegur kehendak sahabat-sahabat Nabi SAW yang cenderung kepada harta duniawi.

Demikian juga dengan firman Allah dalam surah 17:74, yang bermaksud:

"Kalau Kami tidak memperkuatkan hatimu, nescaya kamu sedikit demi sedikit cenderung kepada mereka."

Pada hakikatnya kalimah tersebut dengan jelas membuktikan ismah yang menghalang kebinasaan. Justeru itu, Allah SWT berfirman demikian bertujuan menjelaskan tentang pemeliharaan Allah ke atas Nabi SAW. Oleh kerana itu Nabi SAW telah dibendung dari kecenderungan tersebut [Al-Razi, Tafsir al-Kabir, Juzuk 21, hlm. 21].

Demikian juga terdapat sebahagian ayat-ayat al-Qur'an menganjurkan Nabi SAW supaya memohon keampunan kepada Allah SWT, seperti dalam firmanNya dalam surah 40:55, yang bermaksud:

"Maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohon ampunan untuk dosamu."

Menurut Imam Ja'far al-Sadiq AS, dosa-dosa yang disandarkan kepada diri Nabi SAW berdasarkan perhubungan di antara Nabi SAW dengan umatnya, kerana kedudukan beliau itu termasuk sebahagian dari umatnya sendiri. Walaupun Nabi SAW tidak berdosa, tetapi ia dipertanggungjawabkan di atas diri baginda SAW semata-mata untuk memungkinkan Allah SWT mengampuni mereka bagi pihak Nabi SAW.

Menurut Al-Tibrisi, ayat ini menggesa Nabi SAW berdoa dan beristighfar dalam usaha untuk meningkatkan lagi kedudukannya, di samping menjadi suatu sunnah bagi generasi berikutnya [Al-Tibrisi, Majma al-Bayan, Juzuk 8, hlm.568]

Menerusi al-Qur'an, terdapat begitu banyak ayat-ayat yang membuktikan ismah (kemaksuman) Rasulullah SAW.

Pertama:

Firman Allah SWT dalam surah 33:33 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa-dosa kamu Ahlul Bayt dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersih."

Ayat ini membentangkan dengan jelas tentang kebersihan, kesucian serta kekudusan itrah (keluarga Nabi SAW atau Ahlul Bayt AS dari sebarang cacatcela. Penyucian ini bukanlah dilakukan oleh manusia sendiri, tetapi oleh Allah SWT. Kalau keluarga Nabi SAW dibersihkan dengan sesuci-sucinya, tentulah Nabi SAW termasuk juga di dalam pengertiannya, dan turut sama dibersihkan dari perbuatan yang tercela dan seumpamanya.

Kedua:

Firman Allah dalam surah 59:7 yang bermaksud:

"Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkan dia."

Ini menunjukkan perintah dan larangan Rasul sentiasa diperkenankan Allah SWT. Tentulah seseorang itu boleh memastikan dengan yakin tentang perintah dari orang yang maksum berbanding dengan yang bukan maksum.

Ketiga:

"Firman Allah dalam surah 3:31 yang bermaksud:

"Katakanlah:Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu."

Di sini kecintaan Allah bergantung kepada kecintaan dan ketaatan mereka kepada Nabi SAW. Kedua-dua cinta ini terangkum sekaligus di dalam ayat tersebut. Kalau seseorang itu mencintai Allah, maka sewajarnya dia menuruti Rasulullah SAW kerana dengan melaksanakan perbuatan sedemikian, Allah akan mencintai mereka. Perkara seumpama ini tentu tidak dapat dibayangkan, sekiranya Nabi-nabi tidak maksum dari berbagai-bagai keburukan dan kecelaan.

Keempat:

Kemaksuman Nabi SAW tidak terbatas kepada perbuatan semata-mata, malahan kata-kata beliau juga termasuk di dalam himpunan perintah Alllah SWT. Firman Allah dalam surah 53:3-4, yang bermaksud:

"Tiadalah yang diucapkannya itu, menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepada."

Kelima:

Firman Allah SWT dalam surah 62:2 yang bermaksud:

"Dialah yang mengutuskan kepada kaum umiyyin seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatnya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah."

Nabi Muhammad SAW dipertanggungjawabkan mengajarkan umatnya mengenal Kitabullah. Ini bererti beliau memahami perintah dan arahan Allah SWT. Justeru itu, baginda berusaha membersih dan memelihara umat manusia serta mengajarkan mereka tentang hikmah. Ini menunjukkan beliau SAW adalah seorang yang maksum dan bijaksana. Tentulah tidak layak bagi Nabi SAW memikul tugas ini, andaikata beliau SAW mengetahui perkara yang tidak dikehendaki Allah SWT tetapi terus juga melakukannya.

Keenam:

Penyaksian tentang akhlak Rasulullah SAW yang tinggi dan sempurna. Allah SWT dalam surah 68:4 berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnha engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang tinggi."

Justeru itu, Nabi SAW bukanlah seorang yang berdosa dan tidak memiliki akhlak yang rendah kerana ayat ini telah menafikan dakwaan tersebut sebaliknya memuji beliau SAW.

Kesimpulan, jelas bahawa ismah Rasulullah SAW tetap terpelihara dan tidak memungkinkan Nabi SAW melakukan perkara-perkara yang menimbulkan dosa-dosa.

Apakah kita kaum Muslim boleh menisbahkan kepada Rasulullah suatu perbuatan yang dilarang oleh Tuhan yang mengutus Rasulullah dengan kebenaran ?

Apakah Rasulullah SAW boleh memohonkan ampunan untuk pamannya, ibunya dan ayahnya, kalau benar ia seorang musyrik ,sementara beliau mengetahui banyak ayat yang semuanya melarang perbuatan tersebut sehingga beliau mengabaikannya dan tidak menghentikan perbuatan yang telah dilarang itu kecuali setelah wahyu membisikkan kepadanya dengan ayat ini dari surah at-Taubah?

Betapa banyak larangan seperti ini di dalam ayat-ayat surat tersebut. Namun ,Rasulullah SAW - dan kami memohon ampunan kepada Allah - tidak menaati Tuhannya, melainkan ketika ayat tentang larangan yang jelas diturunkan kepadanya.

Kami tidak tahu,berdasarkan apa kita memahami adanya permohonan ampunan Rasulullah untuk pamannya, ibunya dan ayahnya, sementara pada saat yang sama wahyu turun kepadanya yang menyuruh beliau agar memutuskan segala hubungan dengan orang-orang musyrik.

Ya Allah, hal ini tidak boleh terjadi pada Rasulullah pembawa petunjuk dan rahmat. Hal ini hanyalah menodai kesucian Rasulullah SAW, meruntuhkan kedudukannya tinggi, dan menyakitinya.

Ya Allah, kami memohon perlindungan kepada-Mu dari menyakiti Rasulullah SAW agar kami tidak mendapatkan murka dan siksa-Mu yang telah Engkau janjikan bagi orang yang menyakitinya sedikit pun, baik melalui pamannya, ibunya, maupun ayahnya.

Fakta menegaskan keimanan bapak-bapak (kakek dan seterusnya) dan ibu-ibu (nenek dan seterusnya) Rasulullah SAW hingga silsilah itu berujung pada Mukmin pertama, yaitu Adam.

No comments:

Post a Comment

When Workers Get Bored

When Workers Get Bored
When Workers Get Bored They set up crazy challenges for themselves, such as this barrel of oranges one... JavaScript is disabled! To display...

High Voltage Capacitor Bank vs Watermelon

High Voltage Capacitor Bank vs Watermelon
High Voltage Capacitor Bank vs Watermelon The place will be smelling like watermelon for a while! Capacitor bank: 21.5µF 30kV, 9270 Joules ......

MUhasabah Diri

Dunia sekarang sudah tiada lagi perasaan malu pada penghuninya kalau ada pun cuma segelintir je. Mungkin ini tanda dunia semakin hampir pada kiamat.

Fitnah semakin berleluasa sekarang tidak mengira sesiapa pun bangsa, keturunan atau agama. Cuma kita perlu menghidarnya supaya kita selamat dan selau bergantung pada Allah yang manjadikan kita.

Masalah melanda pada penghuni dunia tidak mengira masa dan detik atau musim cuma penghuni dunia perlu pandai mengawasi dan mengatasinya. Sehingga ada masanya kita merasa mati lebih baik kerana dapat lari dari segalanya, tetapi betul kah begitu!

Cuma manusia atau kita selalu lupa atau mudah lupa sebenarnya matilah permulaan segalanya pada kita untuk kehidupan yang abadi. Jika kita dalam keadaan sejahtera iman di dunia maka kita kan sejahtera di akhirat dan jika kita merana iman di dunia maka meranalah kita di akhirat. Bila mati nanti kita akan menuju dua arah yang kita sendiri tidak pasti kemana kita kecuali Allah saja yang tahu. Dua arah itulah adanya Syurga dan Neraka.

SYURGA
Jika kita mati dalam keadaan aman tenteram dalam iman tentu itulah tempat kita. Barulah kita boleh hidup dengan aman tenteram,bahagia,sejahtera, bahagia dan gembira serta seronok dengan pasangan yang telah disediakan untuk kita. Hidup dalam keaadaan teknologi yang tidak pernah difikirkan oleh fikiran kita semasa kita hidup

NERAKA
Jika kita mati dalam keadaan derita merana dalam iman tentulah inilah tempat kita. Barulah kita hidup ketakutan tanpa sedetik pun kita akan merasa senang, yang kita rasa derita, sengsara, merana, menangis, meraung dan selalu merayu tetapi tidak di layan malah dicaci dan dihina, dicela dalam keadaan keseorangan tanpa teman dalam penyiksaan yang tak terbayangkan oleh akal fikiran kita semasa hidup.

Jadi marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita ke mana kita nanti bila mati. Kita berubah semasa boleh untuk bertaubat atau kembali ke pangkal jalan, yang pastinya kita tahu Allah itu pengasih dan penyayang. Semoga doa kita diterima Allah, insyaallah...

Sayangnya Allah Pada Hambanya

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Sayangnya Allah kepada kita

Betapa sayangnya Allah pada kita, sehingga di dalam Al-Qur’an disebutkan beberapa motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala ujian dan cobaan sebelum menuju ke perhentian abadi.

Kenapa Aku Diuji?
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan : “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (QS. Al-Ankabut : 2-3).

Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Mau?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(QS. Al-Baqarah : 216).

Kenapa Ujian Seberat Ini?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(QS. Al-Baqarah : 286).

Kenapa Hasilnya Seperti Ini?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
(QS. Ali Imran : 139).

Bagaimana Aku Harus Menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan), serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu
berjaya (mencapai kemenangan).” (QS Ali Imran : 200).
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (QS. Al-Baqarah : 45).

Apa yang Aku Dapat dari Semua Ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ” (QS. At-Taubah : 111).

Kepada Siapa Aku Berharap?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain diriNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(QS. At-Taubah : 129).

Aku Tak Dapat Bertahan Lagi!
“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (QS. Yusuf : 12).

Memelihara Rumahtangga

SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

1. Membaca al-Quran.

Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala, membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.

2. Zikir ketika masuk dan keluar rumah.

Daripada Abu Malik Al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan: Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” ? Riwayat Abu Daud).

3. Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.

Firman Allah bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” ? (Surah an-Nur, ayat 61).

Imam An-Nawawi berkata: “Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak.” Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

4. Zikir ketika makan dan minum.
Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: “Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” ? (Riwayat Muslim).

5. Membersihkan rumah daripada gambar patung.

Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya. Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku? Baginda bersabda: “Bagaimana keadaan bantal kecil ini?” Aisyah menjawab: “Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan bersandar.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.” Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

6. Membanyakkan solat sunat di rumah.

Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur.” ? (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi). Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: “Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib.” (Riwayat Nasai’).

7. Harmonikan rumah tangga.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” ? (Riwayat Muslim dan Nawawi). Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.

8. Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.

Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir (doa) pada waktu jimak ‘bersama’ bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi. Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: “Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya.” ? (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi’ bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud: “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat.” Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: “Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak.” (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).

http://www.minisiteforwp.com/index.php?ref=mdalie