Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Panduan

Semua itu saya dapatkan dari email kawan-kawan yang hantar pada saya sebagai panduan dan teguran yang mengembirakan dan saya serta di blog ini untuk tatapan semua moga dengan keberkatan dan rahmat dari Allah kita sama-sama menperolehi kasih-sayangnya.
Sempena kedatangan maulidur rasul marilah kita semua bersama-sama berdoa dan berselawat ke atas baginda supaya kita semua mendapat syafaat dari baginda Rasulullah s.a.w bila di akhirat nanti, insyaallah.....
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Tuesday, January 25, 2011

PERBEZAAN ANTARA HUDUD DENGAN QISAS DAN DIAT

1. Jenayah Hudud


Kitab-kitab lama fiqh Islam oleh tokoh-tokoh perundangan Islam seperti Imam Syafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali serta murid-muri mereka yang ulung tidak

memberi takrif ( definisi ) hudud secara khusus. Cuma, kesimpulan dapat dibuat mengenai definisi hudud itu bila mengkaji penulisan mereka mengenai hudud dalam kitab-kitab fiqh Islam.

Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; “ Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Qur’an atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Qur’an ”.

Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai “ Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat ”. ( al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221 )


Definisi yang moden dan agak tepat yng dibuat oleh Abdul Qadir Audah tentang jenayah, ialah “ Jarimah-jarimah ( jehayah-jenayah ) yang diseksa kerana melakukannya dengan seksaan Hudud ”. Hudud ialah seksaan-seksaan yang tertentu sebagai Hak Allah s.w.t. Maksud tertentu di sini ialah tidak ada seksaan minima atau maksima, hanya satu seksaan sahaja. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).


Di dalam seksaan ‘itu’ sebagai Hak Allah kerana ia dikenakan ( dikuatkuasakan ) untuk kemaslahatan awam (masyarakat ), iaitu membanteras fasad dalam masyarakat dan menjamin kestabilan dan kesejahteraan kepada mereka. Tiap-tiap jarimah merosakkan masyarakat dan manfaat dari seksaan yang dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah kerana melakukan jenayah tersebut, adalah kembali kepada masyarakat, maka seksaan-seksaan yang dikenakan kerananya dianggap Hak Allah supaya terjamin tercapainya manfaat tersebut. Untuk memastikan supaya kemudharatan ( fasad ) terhindar, maka dianggap seksaan tersebut sebagai Hak Allah supaya tidak gugur seksaan tersebut oleh individu atau masyarakat bila saja disabitkan bersalah.


Jarimah Hudud ada tujuh jenis :

- Zina

- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi

- Minum Arak

- Mencuri

- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )

- Murtad

- Baghy (Bughah - Pemberontakan)

Telah disebut bahawa pengharaman bagi tiap-tiap jenayah Hudud dan Qisas dan seksaan-seksaan yang dikenakan keatasnya adalah bersumberkan al-Qur’an dan l-Sunnah.


Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk “.

( al-Qur’an, al-Isra’ : 32 )


Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :

“ Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan “.

( al-Qur’an, an-Nur : 2 )


Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :

“ Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati “.

( Muslim, Sahih : hlm. 188 )


Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.


Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :

“ Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq “

Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.


Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :

“ Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) “.

( al-Qur’an, al-Maidah : 90 )


Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman “ seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan “ ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.


Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;

“ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah “.

( al-Qur’an, al-Maidah : 38 )


Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.



Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :

“ Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar “.

( al-Qur’an, al-Maidah : 33 )


Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :

“ Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi “.

( al-Qur’an, al-Imran : 35 )

“ Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat “.

( al-Qur’an, al-Baqarah : 217 )


Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;

“ Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ). ”

( Muslim, Sahih : hlm. 164 )


Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :

“ Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah “.

( al-Qur’an, al-Hujurat : 9 )


Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Qur’an dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya. Jenayah Hudud bila disabitkan tidak ada pengampunan sama ada oleh pemerintah atau oleh mangsa atau oleh pihaknya ( seperti walinya ). Ianya mestilah dilaksanakan bila disabitkan, yang mana hukumannya adalah tertentu dari segi jenis dan kadar hukuman atau seksaan itu. Itulah sebab maka jenayah Hudud itu disebut Had dan hak Allah.

Saudara, cuba anda fikir kesan perlaksanaan hukum hudud ni. Sudah tentu kadar jenayah di Malaysia ini dapat dibanteras/dikurangkan. Orang yg tak mahu laksanakan hukum Allah ini je yg takut kalau-kalau kesalahan yg dilakukannya akan terjadi pada dirinya, lalu mengatakan hukum hudud ni tak sesuai. Hukum hudud/Islam ni dikenakan terhadap orang Islam sahaja. Kalau orang bukan Islam melakukan kesalahan, maka tidak dikenakan hukuman hudud ni. Hukumannya macam seperti sekarang ni la.. Denda RM5000, penjara 3 tahun, rotan/sebat yg menyalahi hukum Islam sepertimana yg dikenakan keatas banduan di penjara(perogol). Cara menyebatnya tu yg menyalahi dalam Islam...

Wallahu'alam bissowab

1 comment:

When Workers Get Bored

When Workers Get Bored
When Workers Get Bored They set up crazy challenges for themselves, such as this barrel of oranges one... JavaScript is disabled! To display...

High Voltage Capacitor Bank vs Watermelon

High Voltage Capacitor Bank vs Watermelon
High Voltage Capacitor Bank vs Watermelon The place will be smelling like watermelon for a while! Capacitor bank: 21.5µF 30kV, 9270 Joules ......

MUhasabah Diri

Dunia sekarang sudah tiada lagi perasaan malu pada penghuninya kalau ada pun cuma segelintir je. Mungkin ini tanda dunia semakin hampir pada kiamat.

Fitnah semakin berleluasa sekarang tidak mengira sesiapa pun bangsa, keturunan atau agama. Cuma kita perlu menghidarnya supaya kita selamat dan selau bergantung pada Allah yang manjadikan kita.

Masalah melanda pada penghuni dunia tidak mengira masa dan detik atau musim cuma penghuni dunia perlu pandai mengawasi dan mengatasinya. Sehingga ada masanya kita merasa mati lebih baik kerana dapat lari dari segalanya, tetapi betul kah begitu!

Cuma manusia atau kita selalu lupa atau mudah lupa sebenarnya matilah permulaan segalanya pada kita untuk kehidupan yang abadi. Jika kita dalam keadaan sejahtera iman di dunia maka kita kan sejahtera di akhirat dan jika kita merana iman di dunia maka meranalah kita di akhirat. Bila mati nanti kita akan menuju dua arah yang kita sendiri tidak pasti kemana kita kecuali Allah saja yang tahu. Dua arah itulah adanya Syurga dan Neraka.

SYURGA
Jika kita mati dalam keadaan aman tenteram dalam iman tentu itulah tempat kita. Barulah kita boleh hidup dengan aman tenteram,bahagia,sejahtera, bahagia dan gembira serta seronok dengan pasangan yang telah disediakan untuk kita. Hidup dalam keaadaan teknologi yang tidak pernah difikirkan oleh fikiran kita semasa kita hidup

NERAKA
Jika kita mati dalam keadaan derita merana dalam iman tentulah inilah tempat kita. Barulah kita hidup ketakutan tanpa sedetik pun kita akan merasa senang, yang kita rasa derita, sengsara, merana, menangis, meraung dan selalu merayu tetapi tidak di layan malah dicaci dan dihina, dicela dalam keadaan keseorangan tanpa teman dalam penyiksaan yang tak terbayangkan oleh akal fikiran kita semasa hidup.

Jadi marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita ke mana kita nanti bila mati. Kita berubah semasa boleh untuk bertaubat atau kembali ke pangkal jalan, yang pastinya kita tahu Allah itu pengasih dan penyayang. Semoga doa kita diterima Allah, insyaallah...

Sayangnya Allah Pada Hambanya

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Sayangnya Allah kepada kita

Betapa sayangnya Allah pada kita, sehingga di dalam Al-Qur’an disebutkan beberapa motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala ujian dan cobaan sebelum menuju ke perhentian abadi.

Kenapa Aku Diuji?
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan : “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (QS. Al-Ankabut : 2-3).

Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Mau?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(QS. Al-Baqarah : 216).

Kenapa Ujian Seberat Ini?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(QS. Al-Baqarah : 286).

Kenapa Hasilnya Seperti Ini?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
(QS. Ali Imran : 139).

Bagaimana Aku Harus Menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan), serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu
berjaya (mencapai kemenangan).” (QS Ali Imran : 200).
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (QS. Al-Baqarah : 45).

Apa yang Aku Dapat dari Semua Ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ” (QS. At-Taubah : 111).

Kepada Siapa Aku Berharap?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain diriNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(QS. At-Taubah : 129).

Aku Tak Dapat Bertahan Lagi!
“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (QS. Yusuf : 12).

Memelihara Rumahtangga

SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

1. Membaca al-Quran.

Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala, membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.

2. Zikir ketika masuk dan keluar rumah.

Daripada Abu Malik Al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan: Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” ? Riwayat Abu Daud).

3. Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.

Firman Allah bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” ? (Surah an-Nur, ayat 61).

Imam An-Nawawi berkata: “Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak.” Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

4. Zikir ketika makan dan minum.
Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: “Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” ? (Riwayat Muslim).

5. Membersihkan rumah daripada gambar patung.

Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya. Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku? Baginda bersabda: “Bagaimana keadaan bantal kecil ini?” Aisyah menjawab: “Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan bersandar.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.” Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

6. Membanyakkan solat sunat di rumah.

Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur.” ? (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi). Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: “Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib.” (Riwayat Nasai’).

7. Harmonikan rumah tangga.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” ? (Riwayat Muslim dan Nawawi). Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.

8. Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.

Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir (doa) pada waktu jimak ‘bersama’ bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi. Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: “Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya.” ? (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi’ bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud: “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat.” Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: “Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak.” (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).

http://www.minisiteforwp.com/index.php?ref=mdalie